Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 3846DSC 3995DSC 3851DSC 3875DSC 3878DSC 3884DSC 3887DSC 3889

 

GONG KEDAK, 11 Dis 18 – Majlis Penutup Kursus Teknikal Barisan Pertama Pesawat SU-30MKM Siri 23/2018 telah diadakan di Dewan Sekolah Sistem SU-30MKM No 11 Skuadron. Majlis Penutup tersebut telah dirasmikan oleh Pemangku Pegawai Memerintah No 11 Skn, Lt Kol Mohd Jasmi bin Abd Wahab TUDM. Turut hadir dimajlis ini Pemangku Ketua Bahagian Kejuruteraan, Mej Mohd Rizal bin Abd Malek TUDM, Pemangku Ketua Cawang Kejuruteraan, Mej Muhammad Najib bin Mad Saad TUDM dan Pegawai Latihan Teknikal Sekolah Sistem Su-30MKM, Lt Lim Chin Han TUDM serta Pegawai Waran Skuadron/Cawang.

Kursus Teknikal Barisan Pertama Siri 23/2018 terdiri daripada 40 anggota LLP yang daripada pelbagai ketukangan. Kursus ini telah bermula selama 3 bulan ini telah bermula dari 10 Sep 2018 hingga 10 Dis 2018.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil oleh Pemangku Pegawai Memerintah No 11 Skn kepada Pelatih Kursus Sistem Senjata Siri Khas 22/18, Pelatih Kursus Teknikal Barisan Pertama Siri 23/18 dan Pelatih Kursus Terbaik keseluruhan yang telah disandang oleh PW U I Mohd Zuraini bin Mohamad dari No 11 Skuadron. Selain itu juga, penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada Mantan Penyelia Sekolah Sistem SU-30 MKM kepada PW U I Abd Rahman bin Rahmat.