Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0203DSC 0237DSC 0245DSC 0258

SUBANG, 9 Dis 18 – Cawang Tadbir dan Skn 208 Provos Pangkalan Udara Subang telah mengadakan Hari Keluarga yang telah berlangsung dengan meriahnya di Mini Stadium PU Subang hari ini. Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM, pegawai-pegawai, anggota lain-lain pangkat dari Cawang Tadbir dan Skn 208 Provos serta keluarga telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

DSC 0289DSC 0293DSC 0305DSC 0360

Majlis diserikan dengan pelbagai acara sukaneka, permainan untuk kanak-kanak dan jamuan yang telah diadakan mulai 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Turut diadakan penyampaian Cenderahati kepada anggota bertukar keluar dan tamat perkhidmatan, anggota yang baru mendirikan rumahtangga serta anggota yang baru menimang cahaya mata.

DSC 0378DSC 0474DSC 0501WhatsApp Image 2018 12 09 at 14.40.55

Aktiviti yang berkonsepkan Work-life Balance ini secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara warga Cawang Tadbir dan Skn 208 Provos PU Subang, disamping nilai-nilai positif dapat diterapkan dalam diri seluruh warga cawang dan skuadron yang terlibat.