Kemaskini Terakhir: Jumaat,22 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

G0161241GOPR1308GOPR1336GOPR1393GOPR1468

 

LABUAN, 16 Dis 18 - MAWILUD 2 telah melaksanakan aktiviti konvoi bermotosikal ke Kudat, Sabah pada 14 hingga 16 Dis 18. Destinasi yang dituju adalah ‘Tip of Borneo’ yang merupakan titik latitud paling utara di Malaysia amnya dan di Kepulauan Borneo khasnya. Aktiviti tersebut bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat setia kawan di kalangan warga MAWILUD 2.


Konvoi ke Kudat tersebut diketuai oleh Lt Muhammad Nur Shakarullah bin Mohamad Zawawi TUDM, merangkap Pengerusi Kelab Konvoi Bermotosikal MAWILUD 2 dengan penglibatan seramai 20 orang anggota MAWILUD 2 dan PUKALUB KK serta 2 orang pemandu bantuan. Jumlah kenderaan yang terlibat adalah sebanyak 17 buah motosikal dan sebuah Nissan Frontier.


Dengan mengambil berat perihal keselamatan dan peraturan jalan raya, program konvoi yang berjumlah jarak 822 kilometer tersebut dapat dijalankan dengan jayanya dan mencapai misi yang telah ditetapkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.