Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0044DSC 0071DSC 0118DSC 0124DSC 0159DSC 0162DSC 0178DSC 0185DSC 0188DSC 0190DSC 0206DSC 0212

 

SUBANG, 19 Dis 18 - Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan bagi bulan Disember 2018 yang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM yang diadakan di Padang Kawad PU Subang. Perbarisan yang segak berketerampilan ini telah dianggotai oleh 5 orang pegawai dan 145 orang anggota LLP.


Perbarisan tersebut telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan dan acara pemakaian pangkat kepada 3 orang pegawai dan 11 anggota LLP yang turut disempurnakan oleh Komander Pangkalan serta diiringi oleh Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang masing-masing.


Acara perbarisan ini diteruskan dengan Penyampaian Sijil dan Anugerah Best Skuadron Of The Year 2018 kepada No 20 Skuadron berlanjutan daripada anugerah yang telah diterima oleh skuadron tersebut semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan TUDM 2018 yang diadakan pada 14 Dis 18 yang lalu. Turut disampaikan adalah Penyampaian ‘Anugerah Best Married Quarters Of The Year 2018’ yang turut dimenangi oleh PU Subang iaitu dari AMQ Blok F5.
Seterusnya, perbarisan diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Latihan Menembak Pistol Kategori Pegawai 2018. Penembak-penembak Terbaik adalah seperti berikut:


a. Keseluruhan Antara Skuadron/Cawang: No 22 Skuadron

b. Kategori Individu:

    Johan:Mej Hanif Omar bin Abdul Majid TUDM (Skuadron 208 Provos)
    Naib Johan: Kapt Mohd Erid bin Abd Rahim TUDM (No 22 Skuadron)
    Tempat Ketiga: Kapt Muhammad Syafiq Syahmi bin Mohd Suhaimi TUDM (No 20 Skuadron)


Perbarisan telah diakhiri dengan ucapan oleh Komander Pangkalan yang telah menegaskan berkenaan beberapa aspek dan garis panduan kepada semua warga pangkalan berkenaan penyalahgunaan dadah berbahaya, disiplin anggota, kebersihan dan SNCO Empowerment.