Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e11a7b1a 013a 4203 902b f9951ae640f4 

KUALA LUMPUR. Cawangan Perkhidmatan - Seksyen Pembangunan Sukan TUDM telah menganjurkan Kursus Periodisasi Latihan Sukan bagi tahun 2018. Kursus berkenaan telah dilaksanakan di Bilik Kuliah Akademi Kecergasan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada 17 hingga 20 Dis 18. Ianya merupakan satu bentuk kerjasama di antara Seksyen Pembangunan Sukan TUDM dan pihak Akademi Kecergasan Pertahanan, UPNM.

Kursus ini telah disertai oleh seramai 32 peserta yang terdiri daripada Pentadbir Sukan, Atlet serta Jurulatih Jasmani TUDM. Majlis Penutup Kursus telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Yunos bin Masjuki TUDM dan turut dihadiri oleh pensyarah serta pegawai daripada Akademi Kecergasan Pertahanan, UPNM dan TUDM.