Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

132

SUBANG, 23 Dis 18 - Karnival Back to School 2019 yang dianjurkan oleh Pangkalan Udara Subang telah melabuhkan tirainya hari ini. Karnival selama dua hari yang bermula pada 21 Dis 18 ini, bertujuan untuk memberi bantuan persediaan persekolahan anak-anak anggota yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, anak-anak yatim serta balu-balu pangkalan selain menyedia dan menawarkan jualan barangan persekolahan dengan harga yang berpatutan kepada seluruh warga PU Subang oleh syarikat-syarikat seperti Canggih yang menawarkan potongan harga sebanyak 10% ke 30%. Syarikat-syarikat ini juga adalah antara penaja sumbangan kepada anak-anak yatim dan keluarga anggota serta awam di PU Subang yang tidak berkemampuan.

Karnival ini juga terbuka kepada seluruh warga ATM, TUDM dan warga tempatan di sekitar PU Subang. Bagi memeriahkan lagi karnival ini, beberapa aktiviti sampingan telah diadakan antaranya adalah pertandingan terbuka karaoke, pertandingan terbuka Futsal (Lelaki dan Wanita), Bola Jaring dan pertandingan terbuka Petanque. Selain daripada acara sukan, beberapa jenis permainan kanak-kanak turut disediakan seperti puzzle, hoverboard dan rumah hantu.

Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja dilihat sebagai salah satu usaha pangkalan untuk mencungkil bakat-bakat seni dan sukan daripada kalangan anak-anak dan anggota serta ahli BAKAT pangkalan malah ia boleh dijadikan sebagai salah satu platform bagi warga pangkalan untuk mengisi masa bersama keluarga di hujung tahun.

456

Karnival ini telah dimulakan dengan Majlis Pembukaan Karnival pada 21 Dis 18 yang dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan isteri yang juga selaku Pengerusi BAKAT PU Subang, Datin Hjh Siti Norlela binti Alwi, serta Pegawai-pegawai Eksekutif Pangkalan. Perasmian pembukaan telah dimulakan dengan Gimik Pembukaan dan penyampaian sumbangan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan, anak yatim serta balu-balu TUDM di bawah tanggungjawab pangkalan ini. Seramai 12 orang anak yatim dan 11 orang pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan menerima sumbangan persekolahan berupa voucher pakaian bernilai RM50 ke RM100, beg sekolah serta alat tulis. Manakala 3 orang balu yang masih mempunyai anak-anak bersekolah menerima wang tunai RM350 setiap seorang beserta beg sekolah. Kesemua sumbangan ini adalah tajaan daripada Syarikat Canggih, Cosway, Tadika Dzuliman dan Syarikat Rintish Enterprise.

121314

Karnival yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya menarik minat para peniaga dan berjaya menghimpunkan lebih kurang 20 gerai jualan melibatkan pameran, perniagaan makanan, produk dan perkhidmatan seperti peralatan kelengkapan rumah dan perkhidmatan tadika; pakaian dan kasut; makanan dan minuman dan sebagainya.

Berikut adalah senarai pemenang dalam acara sukan yang dipertandingkan:

a. Kejohanan Terbuka Bola Jaring Karnival Back to School

7
Johan: Team Glitz dari Sungai Buloh
Naib Johan: Team Noob dari Shah Alam
Ketiga: Team UNC dari Kota Kemuning
Keempat: Team Antarium dari Puchong Bandar Kinrara

b. Kejohanan Terbuka Futsal (Lelaki) Karnival Back to School

8
Johan: SFC dari Setapak, KL
Naib Johan: Ally dari Setapak, KL

c. Kejohanan Terbuka Futsal (Wanita) Karnival Back to School

9
Johan: PHOENIX RC A dari Subang Jaya
Naib Johan: PFT dari Putrajaya

d. Kejohanan Terbuka Petanque Karnival Back to School

10
Johan: Vektor 1 dari Kuala Selangor
Naib Johan: Bravo 1 dari Alam Megah
Ketiga bersama: Alpha 1 dari PU KL & Vektor 2 dari Kuala Selangor

Manakala senarai pemenang bagi Pertandingan Karaoke Dewasa dan Kanak-kanak adalah seperti berikut:

11

a. Kategori Kanak-kanak:
Johan: Alleya Natrah dari Kuala Lumpur. Judul Lagu Sampai Bila (Misha Omar).
Naib Johan: Siti Sumayyah dari PU Subang. Judul Lagu Jutaan Purnama (Alyah).
Tempat Ketiga: Nur Afiqah dari Bangi. Judul Lagu Biarlah Rahsia (Siti Norhaliza).

b. Kategori Dewasa:
Johan: Termizi (EG) Peserta dari PERHEBAT Kem Sg Buloh. Judul Lagu Lebih Sempurna (Syamel).
Naib Johan: Eman Shah Peserta dari Petaling Jaya. Judul Lagu Perjalanan Hidup (Ramli Sarip).
Ketiga: Muhd Yusri Peserta dari PU Subang. Judul Lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain).