Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 12345678910111415161718

KUALA LUMPUR, 9 Jan 19 – Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 14 anggota Lain-lain Pangkat yang bertugas di Sekretariat, Markas Tentera Udara.

Anggota yang dinaikkan pangkat adalah PW U II Mohd Rosmadi bin Muhammad yang dinaikkan ke pangkat Pangkuan Pegawai Waran Udara 1. Bagi anggota yang dinaikkan ke pangkat Pangkuan Flait Sarjan adalah Sjn U Shahrul Nizam bin Abd Karim dan Sjn U Mohd Helmi bin Ali.

Manakala seramai empat anggota telah dinaikkan pangkat ke Pangkuan Sarjan Udara iaitu Kpl U Mohd Tarmizi bin Mohd Noor, Kpl U Khairul Anuar bin Ahmad, Kpl U (W) Yusnita binti Yusof dan Kpl U Zulkarnain bin Md Noor.

Seterusnya, LUK Mohamad Syafik bin Mohamed, LUK Muhamad Safinas bin Zakariah, LUK Abu Dzar bin Mohd Anuar dan LUK Noraizat bin Mohd Rasip masing-masing dinaikkan ke pangkat Pangkuan Koperal Udara.

Bagi pemakaian pangkat Laskar Udara Kanan pula, anggota yang dinaikkan pangkat adalah LU I Ahmad Zaiful bin Dahlan dan LU I Mohamad Fikri bin Mustaffa.

Pada majlis yang sama, Ketua Pengarah Sekretariat turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kelahiran anak kepada empat anggota Sekretariat iaitu PW U II Mohd Adha bin Ismail, Sjn Mohd Yuhezman bin Yahaya, Kpl U Afidee bin Alam dan Kpl U Kamarul Ariff bin Zulkifli.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pengarah Sekretariat turut menyampaikan amanat sempena tahun baru 2019. Beliau telah mengingatkan semua pegawai dan anggota Sekretariat mematuhi segala arahan semasa yang telah dikeluarkan dan menjaga tahap disiplin sebagai anggota tentera. Selain itu, beliau turut berpesan agar melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan seikhlas hati.