Kemaskini Terakhir: Khamis,27 Jun 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6186DSC 6255

KUCHING, 7 Jan 19 - Pangkalan Udara Kuching telah melaksanakan Perbarisan Komander Pangkalan bagi bulan Januari 2019 bertempat di hadapan Markas Pangkalan PU Kuching.

Perbarisan tersebut telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan, Kol Masro bin Kaliwon TUDM dan diteruskan dengan acara pemakaian pangkat kepada 9 anggota LLP.

Dalam perbarisa tersebut, Komander Pangkalan turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Bilal bin Robah Peringkat ATM Tahun 1439H/2018M dan Sijil Pertandingan RKAT LLP Peringkat Pangkalan/Unit Tahun 2018.

Dalam ucapan Komander Pangkalan, beliau menekankan kepada setiap warga pangkalan baik tentera mahupun awam, agar sentiasa bersikap jujur, amanah, professional serta inovatif dalam menjalankan tugas seharian.