Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

50571649 2076810559073246 2226481909188263936 o

9 Jan 19. Seramai enam Pegawai dari Cawang Tadbir telah menghadiri temuduga keahlian professional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Bil 1/2019 dalam bidang Building and Construction Technology (BC) yang telah diadakan di MBOT (Registration Division) Cyberjaya.

Enam pegawai tersebut merupakan kumpulan pertama dari TUDM yang ditemuduga oleh panel-panel dari anggota lembaga MBOT.
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) merupakan salah satu badan professional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional (Professional Technologist) serta Juruteknik Bertauliah (Certified Technician) sebagai profesion iktisas.

Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 dalam Seksyen 19 dan 20 telah ditubuhkan bagi membenarkan setiap Professional Technologists dan Certified Technician yang berdaftar dan telah diluluskan oleh MBOT untuk menggunakan gelaran singkatan Ts. atau P.Tech (bagi Professional Technologists) dan Tc. atau C.Tech (bagi Certified Technician). Ini merupakan salah satu mekanisme pengiktirafan kepada teknologis dan juga juruteknik negara.