Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 6962DSC 6966DSC 7005DSC 7019DSC 7043

 

BUTTERWORTH, 9 Jan 19 - Perbarisan serah terima tugas Pegawai Memerintah No 15 Skn telah diadakan di Barisan Pertama No 15 Skn. Upacara menandatangani dan penyerahan dokumen serah menyerah tugas Pegawai Memerintah No 15 Skn di antara Lt Kol Fazrul Azwan bin Mustafa TUDM dan Mej Shamsul Shahreen bin Isa TUDM telah disaksikan oleh Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brig Jen Amer Mahmud Bin Abdul Rahman TUDM.


Perbarisan terdiri daripada 4 pegawai dan 96 anggota lain-lain pangkat. Perbarisan tersebut diketuai oleh Mej Fairul bin Mohd Rustham TUDM. Ajutan Perbarisan Kapt Mohamad Affendi bin Bustamy TUDM manakala PW Perbarisan, PW U II Hisyam bin Hassan.