Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

image2image3image4

 

BUKIT LUNCHU, 8 Jan 19 - Skn 323 TUDM Bukit Lunchu telah mengadakan Program Derma Darah bertempat di Foyer Skn 323 dengan kerjasama pihak Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.


Objektif program ini adalah bagi menyahut kempen Derma Darah oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA). Pegawai Perubatan HSA memaklumkan kempen yang dianjurkan ini adalah bagi menampung keperluan bekalan darah di Hospital.


Program yang disokong sepenuhnya oleh Pegawai Memerintah Skn 323 disifatkan berjaya kerana telah menyumbangkan sejumlah 40 pain darah. Ini menunjukkan warga Skn 323 dan anggota TUDM amnya mempunyai kesedaran yang tinggi dan prihatin untuk membantu bagi tujuan kecemasan dan menyelamatkan individu yang memerlukan.