Kemaskini Terakhir: Ahad,22 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

1 23

KUALA LUMPUR, 16 Januari – Bermula Januari 2019, Panglima Angkatan Tentera telah mengistiharkan setiap hari Rabu bermula jam 2.00 petang sebagai sesi sukan kepada warga Kementerian Pertahanan.

Justeru, sebagai menyahut seruan mengamalkan gaya hidup sihat, Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah mengadakan aktiviti Jungle Tracking bertempat di Denai 3 Puteri, Kota Damansara. Pada kali ini, Kol Mahadzer bin Amin TUDM Asisten Ketua Staf 7 (AKS A7) bersama-sama seluruh warga MPOU serta turut disertai warga Markas Tentera Udara (MTU) menjayakan aktiviti riadah tersebut.

456

Aktiviti yang bermula jam 2.30 petang itu telah berakhir tepat jam 5.00 petang. Jarak pendakian adalah kira-kira 250M iaitu sejauh 4KM perjalanan mendaki dan turun dari puncak.

789

Dalam program yang berasingan, Sekretariat MTU telah menganjurkan perlawanan futsal di Indoor Futsal Center, Ayer Panas bagi mengekalkan tahap kecergasan para pegawai dan anggota Sekretariat disamping mencungkil bakat-bakat baru sebagai persediaan awal menghadapi Kejohanan Sukan MTU/MPOU yang akan diadakan kelak.