Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0051DSC 0068DSC 0085DSC 0097DSC 0109DSC 0130DSC 0150DSC 0156DSC 0178DSC 0182DSC 0197DSC 0204

 

SUBANG, 22 Jan 19 - Pangkalan Udara Subang telah melaksanakan Perbarisan Bulanan Komander bagi bulan Januari 2019 bertempat di Padang Kawad, Markas Pangkalan. Perbarisan terdiri seramai 5 orang pegawai dan 153 orang anggota lain-lain pangkat (LLP).

Komander Pangkalan, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM telah menyempurnakan kenaikkan pangkat kepada 30 anggota LLP serta diiringi oleh Pegawai Memerintah Skuadron dan Ketua Cawang masing-masing.

Acara perbarisan ini telah diteruskan lagi dengan Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Penghulu Blok RKAT PU Subang bagi tahun 2018 yang telah bertukar serta melepaskan jawatannya bagi menghargai jasa mereka yang telah mengharumkan nama pangkalan ini dengan kejayaan mengungguli Anugerah RKAT Terbaik TUDM tahun 2018 tempoh hari.
Seterusnya, perbarisan diteruskan lagi dengan penyampaian Sijil Penarafan bagi Pengauditan Pengurusan Kewangan berdasarkan Accountability Index Monitoring System (AIMS) tahun 2018 kepada Ketua Cawang Materiel, Lt Kol Gopalan a/l Manickam TUDM yang telah berjaya menguruskan sumber kewangan di pangkalan ini dan memperolehi penarafan 5 bintang (99.51%) dibawah kategori "Cemerlang", berdasarkan markah AIMS.
Perbarisan diakhiri dengan ucapan oleh Komander Pangkalan yang telah mengucapkan terima kasih diatas usahama dan kejayaan semua anggota menempuh cabaran tahun 2018 yang lalu dan beliau amat berbangga dengan semangat setiakawan yang telah ditunjukkan oleh seluruh warga Pangkalan.