Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

4e90c6a3 2732 4861 a418 0b55d282ce209ecb06d9 734a 4744 b968 8cc23844a1f298675afd 8a5f 4c42 957f 02ca32134a01

KUALA LUMPUR, 18 Jan 19 - Pemilihan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) tahun 2019 telah diadakan serentak pada 11 Jan 19 sehingga 15 Jan 19 bertempat di tiga lokasi iaitu Markas Staf Stesyen (Taiping), Markas Staf Stesyen (Kluang) dan Markas Staf Stesyen Desa Pahlawan (Kelantan).

Seramai 461 calon lelaki telah dipanggil ke lokasi berkenaan setelah melakukan pendaftaran melalui laman sesawang Jom Masuk Tentera dibawah seliaan Cawangan Tenaga Kerja (CTK).

Antara ujian yang dijalankan kepada calon ialah saringan awal kesihatan, ujian bertulis, ujian pengucapan awam, larian 3.2 km, Air Aptitute Test dan Lembaga Awal.

242be5f3 03c8 403f b970 5934e4cbcdc479e78ce2 3e1d 4a12 8e46 819c9c62b9e7e0e2062f 526b 482c 90d8 56246a225ff5

Calon-calon yang berpotensi bagi kemasukan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) bagi TUDM akan dikenalpasti dan seterusnya dibawa ke Lembaga No.3 (Tiga Khidmat).

Selain itu, pemilihan ini juga turut dijalankan di lokasi lain serentak mulai 24 Jan 19 sehingga 27 Jan 19 iaitu di MALBATT Village, Transit Kota Kinabalu dan Transit Kuching yang melibatkan calon lelaki dan calon wanita.

Pemilihan ini turut disertai oleh wakil TUDM dari Bahagian Sumber Manusia (MTU-BSM) dan Sekolah Latihan Pegawai (SLP).