Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 6489DSC 6520DSC 6522DSC 6554DSC 6618DSC 6620

GONG KEDAK, 22 Jan 19 - Perbarisan Bulanan Komander Pangkalan telah diadakan di Padang Kawad Pangkalan Udara Gong Kedak. Perbarisan terdiri daripada 11 pegawai, 109 anggota lain-lain pangkat dan yang diketuai oleh Mej Muhammad Najib bin Mad Saad TUDM dan Pegawai Waran Perbarian, PW U I Mohd Zaidi bin Mohd Shafei.

Dalam majlis tersebut Komander Pangkalan, Kol Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM telah menyempurnakan majlis Pemakaian Pangkat kepada 20 anggota yang terdiri daripada 2 pegawai dan 18 anggota lain-lain pangkat. Turut diadakan penyampaian Sijil Khidmat Terpuji kepada Kpl U Mohamad Kamarol Azmi bin Asri dan Luk Muhammad Baihaqi bin Mat Piah dari No 11 Skuadron.

Dalam ucapan Komander Pangkalan telah menyeru agar semua anggota supaya dapat mengamalkan budaya kerja cemerlang yang merangkumi sifat-sifat integriti, kesetiaan dan sentiasa menepati masa serta melaksanakan kerja yang berkualiti dan menitik beratkan tahap disiplin, kebersihan pangkalan dan keselamatan. Turut hadir sama pegawai Ekekutif Pangkalan, pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat.