Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 1609 IMG 1652IMG 1653IMG 1664IMG 1709

SHAH ALAM, 23 Jan 19 – Majlis Perasmian Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tahun 2019 telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato’ Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM di Padang Kawad UiTM Shah Alam pagi ini.

Perbarisan yang berkekuatan seramai 5 orang Pegawai Sukarela PSSTUDM dan 152 orang Pegawai Kadet PALAPES Udara dimulakan dengan ketibaan Komander Pangkalan Udara Subang dan seterusnya pemeriksaan perbarisan oleh Komander Pangkalan Udara Subang.

Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara UiTM Shah Alam bermula pada 22 Jan hingga 5 Feb 2019 melibatkan 27 Pegawai Sukarela PSSTUDM dan 157 Pegawai Kadet PALAPES Udara. Latihan ini diadakan dalam 2 fasa iaitu fasa kem dan fasa medan dan akan diadakan di UiTM Kampus Shah Alam serta Hutan Lipur Lenggeng, Negeri Sembilan.

Turut memeriahkan majlis adalah persembahan Tempur Tanpa Senjata daripada Pegawai Kadet PALAPES Udara UiTM Shah Alam yang dikoordinasikan oleh Sjn U Md Fadli bin Abd Majid dan Pegawai Sukarela PSSTUDM.