Kemaskini Terakhir: Rabu,13 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0231DSC 0239DSC 0240

SUBANG, 23 Jan 19 - Pangkalan Udara Subang telah menganjurkan satu Program Ceramah Integriti bertempat di Auditorium No 22 Skn dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Memerintah Skuadron, Ketua-Ketua Cawang serta semua peringkat pegawai dan anggota LLP dalam pangkalan dan unit lojer.

Dua orang penceramah telah dijemput iaitu Mej Mohd Noradzhar Bin Hadzir TUDM daripada Seksyen Integriti TUDM dengan ceramahnya yang bertajuk “Pentingnya Integriti di dalam Perkhidmatan” dan wakil daripada SPRM Negeri Selangor iaitu Penolong Penguasa Mohd Zamir Bin Ahmad Zubid menyampaikan ceramah berkaitan Rasuah.

Program Integriti yang pertama kali diadakan di pangkalan ini adalah bertujuan mempertingkatkan amalan integriti dalam kalangan anggota, menjauhi gejala rasuah dalam perkhidmatan serta sentiasa amanah dan telus dalam menjalankan tanggungjawab.

DSC 0251DSC 0254

Di akhir program tersebut, Kol Wan Azwan Azwari bin Wan Ali TUDM yang mewakili Komander Pangkalan Udara Subang telah menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan dan berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.