Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

IMG 20190123 WA0019DSC 0109IMG 20190123 WA0022

LUNCHU, 23 Jan 19 - Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan TUDM dengan kerjasama Koperasi Tentera telah menganjurkan program taklimat produk kebajikan ATM disusuli dengan Bengkel Dokumentasi Tuntutan Koperasi Tentera kepada warga Skn 323 TUDM Bukit Lunchu.

Taklimat produk kebajikan ATM disampaikan oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM sementara pengendalian Bengkel Dokumentasi Tuntutan Koperasi Tentera diselia oleh Eksekutif Kanan Pembangunan Perniagaan Wilayah Tengah, Cik Nurul Huda binti Ab Maulod bersama Eksekutif Koperasi Tentera Cawangan Wangsa Maju, Cik Andrita binti Kasim.

Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah Skn 323 TUDM Bukit Lunchu, Mej Mohd Rizal bin Zainol TUDM dan Ketua Bahagian Khidmat, Mej Mohd Yusri bin Hassan TUDM.

Objektif program ini adalah meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga Skn 323 TUDM Bukit Lunchu mengenai bantuan-bantuan kebajikan yang boleh dimanfaatkan oleh anggota ATM dan waris.

IMG 20190123 WA0025IMG 20190123 WA0026

Seterusnya satu lawatan kebajikan kepada Adik Adam Hanan, anak Kpl U Muhammad Firdaus bin Sham Razali telah dilaksanakan bersama Pegawai Memerintah dan Pengerusi BAKAT Skn 323 TUDM Bukit Lunchu di RKAT anggota di Apartment Seri Mutiara, Seri Alam, Johor.

Adik Adam Hanan sedang menghidap Cystic Hygroma (penyakit kantung sista di bahagian kiri leher) dan dijadualkan menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur dalam masa terdekat. Dalam lawatan ini, PS 2 Kebajikan mewakili AKS Tadbir menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan TUDM dan Kelab Sukan Sosial Kebajikan ATM (KSSKA) kepada Adik Adam Hanan. Semoga semua rawatan perubatan Adik Adam Hanan dipermudahkan.