Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 eb474cd5 403e 4dae 8ba1 0cb6fe66314148c64fed 6ec1 42ee a6fe 9bda5c4796a2

KUALA LUMPUR, 24 Jan 19 - Mesyuarat Pembangunan Sukan Persatuan Ping Pong TUDM telah diadakan di Kompleks Lembaga Sukan TUDM (LSTUDM), PU Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Ping Pong TUDM, Lt Kol Wan Amir Zaki bin Wan Hassan TUDM dan dihadiri oleh semua pegawai ping pong/wakil dari setiap Pangkalan TUDM.

Mesyuarat tersebut bertujuan untuk membincangkan berkenaan hala tuju, penyelarasan semula pengurusan persatuan dan juga menyelaras koordinasi Kejohanan Ping Pong Antara Pangkalan TUDM dan Jemputan TUDM 2019 yang dirancangkan pada 4 hingga 8 Mac 2019 di Dewan Ababil, PU Subang.

4a1c01e9 2d65 430c b4cf 97c738aee40ba39aa28a 6629 41df 9b67 2a1b33021e0f

Selepas mesyuarat tersebut, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengurus Pasukan antara PW U I Wan Nor Rosman bin Wan Isahak dengan Sjn Nuril Anuar bin Wahab yang disaksikan oleh Lt Kol Wan Amir Zaki TUDM dan Setiausaha Persatuan iaitu Mej Kamisah Salimin TUDM serta semua barisan pemain utama.

Di akhir majlis tersebut, Pengerusi seterusnya menyeru supaya semua pemain TUDM termasuk pemain pelapis menjalani latihan yang berterusan sebagai usaha yang padu dan persiapan yang mantap dalam siri Kejohanan Ping Pong Antara Perkhidmatan ATM 2019 bagi mengekalkan kejuaraan yang telah dikecapi.