Kemaskini Terakhir: Rabu,20 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0264 resizeDSC 0270 resizeDSC 0278 resizeDSC 0285 resizeDSC 0296 resizeDSC 0298 resize

ALOR SETAR, 25 Jan 19 - Cawang Tadbir Kolej Tentera Udara telah menganjurkan Program Jiwa Murni bertempat di Kampung Kubur Teluk Dalam, Daerah Lepai.

Program Jiwa Murni ini telah dimulakan dengan aktiviti gotong-royong sekitar perkuburan Islam Kampung Kubur Teluk Dalam dan jamuan tengahari bersama penduduk kampung.

Turut sama hadir pada program tersebut adalah Ketua Cawang Tadbir Kolej Tentera Udara, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM. Dalam ucapan beliau kepada penduduk setempat, beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas kerjasama warga Kampung Teluk Dalam serta menzahirkan rasa bersyukur di atas peluang yang diberikan untuk melaksanakan program.

Setelah kawasan perkuburan selesai dibersihkan, satu acara tahlil ringkas telah diadakan dan seterusnya diikuti oleh jamuan makan tengah hari yang disediakan secara bergotong-royong dengan penduduk kampung. Program ini berjaya mencapai objektif yang telah dirancang iaitu mengeratkan silaturrahim dan perpaduan di antara penduduk kampung dan warga Kolej Tentera Udara.