Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

125

SUBANG, 27 Jan 19 - BAKAT PU Subang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi tahun 2019 pada 27 Jan 19 bertempat di Dewan Ababil PU Subang. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM. Seramai 985 orang ahli telah menghadiri mesyuarat tersebut, yang menjadikan peratus kehadiran sebanyak 80.27%.

791012

Penganugerahan sijil penghargaan kepada ahli BAKAT yang cemerlang telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan terdiri daripada ahli BAKAT persembahan terbaik Nasyid sempena Maulidul Rasul peringkat BAKAT Udara 2018 dan seorang ahli yang telah terpilih sebagai calon dalam Program Advance@ METEOR Mentoring anjuran Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu penyerahan sijil penghargaan turut diberikan kepada barisan jawatankuasa BAKAT PU Subang sesi 2018 dan mantan pegawai BAKAT yang telah bertukar.

19151820

Acara diteruskan dengan agenda mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi selaku Pengerusi BAKAT PU Subang. Perlantikan barisan Ketua Biro dan AJK serta pemilihan AJKK bagi tahun 2019 turut dibuat semasa mesyuarat berlangsung. Terdapat peningkatan ahli BAKAT yang sukarela untuk menjadi AJKK pada tahun ini. Pelbagai usul dan cadangan diberi oleh ahli bakat yang hadir bagi memenuhi keperluan ahli bakat masa kini selaras dengan visi dan misi BAKAT Udara, untuk menjadi badan kebajikan yang progresif, inovatif dan kompetetif.

Antara aktiviti-aktiviti bagi tahun 2019 yang telah dirancang oleh Ketua Biro yang telah dilantik adalah, membuat lawatan ke tempat-tempat kebajikan seperti rumah anak yatim dan orang tua, memberikan bantuan kepada balu dan anak balu ahli BAKAT PU Subang, mengadakan Seminar Keluarga Bahagia, Bengkel Keusahawanan, kelas pengajian agama ahli BAKAT, Kelas Kepimpinan, Protokol dan Etika, mengadakan kursus kolaborasi bersama Kolej Komuniti dan agensi kerajaan yang lain bagi meningkatkan kemahiran dan skil ahli BAKAT, disamping menjalankan kursus masakan, kraftangan, jahitan dan sebagainya.

14212217

3

Manakala bagi menambah kesedaran tentang kesihatan, turut dirancang untuk diadakan Mini Karnival Sukan untuk ahli BAKAT, ceramah Ovarian Cancer Awareness Talk 2019, Kelas CPR dan beberapa program yang meningkatkan pengetahuan dan kesihatan ahli BAKAT.

Komitmen dan penglibatan yang memberangsangkan dari semua ahli BAKAT unit lodger, skn dan cawang telah melicinkan dan menyumbang kejayaan Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT PU Subang pada kali ini.