Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0002DSC 0026DSC 0035DSC 0058DSC 0083DSC 0093

 SUBANG, 28 Jan 19 - Majlis Perasmian Pembukaan Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan (KPPP) Kelas I Siri 64/19 dan Kursus Asas Pembantu Pentadbiran (KPP) Kelas I Siri 69/19 telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah INSTAR, Lt Kol Harisson bin Harun TUDM di Dewan Pahlawan Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR).

Kursus Pembantu Pentadbiran Peningkatan (KPPP) Kelas I Siri 64/19 dihadiri seramai 40 orang anggota dari Ketukangan Pembantu Pentadbiran berpangkat Sjn U yang terdiri daripada 34 anggota lelaki dan 6 anggota wanita hadir bagi mengikuti kursus ini selama 16 minggu yang bermula pada 28 Jan 19 hingga 31 Mei 19.

Manakala bagi Kursus Pembantu Pentadbiran (KPP) Kelas I Siri 69/19 dihadiri seramai 40 anggota dari Ketukangan Pembantu Pentadbiran berpangkat Laskar Udara I yang terdiri daripada 38 anggota lelaki dan 2 anggota wanita hadir bagi mengikuti kursus ini selama 16 minggu yang bermula pada 28 Jan 19 hingga 31 Mei 19.