Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0116DSC 0158

 

INSPRA, 30 Jan 19 - Majlis Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Serial 36/18 dan Pemakaian Lencana Ketukangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat. Majlis turut dihadiri oleh, Pemangku Komander Pangkalan Udara Kuantan, Kol Idris bin A. Wahab TUDM, Komandan INSPRA, Kol Ben Khedda Adnan bin Mohd Yusoff TUDM, pegawai-pegawai dan para jurulatih.


Seramai 16 orang peserta kursus BATCO Serial 36/18 telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya. Peserta Kursus Terbaik Praktikal disandang oleh Lt Muhammad Zairi bin Mohd Yusof TUDM. Sementara itu, Lt Nur Nadhirah binti Nazri TUDM dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Amali seterusnya dipilih sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan.


Pihak INSPRA merakamkan ucapan tahniah dan syabas bagi peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus. Semoga ilmu yang dipelajari bermanfaat di unit kelak.