Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0378

KINRARA, 30 Jan 19 - Seramai 35 panel pembangun yang dilantik telah menghadiri Mesyuarat Panel Pembangun National Occupational Skill Standard (NOSS) Kerangka Pekerjaan Military and Defence Services TUDM Siri 1/19 anjuran MTU BSM-Sel Penyelidikan yang diadakan bertempat di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT), TUDM Kinrara. Mesyuarat dirasmikan oleh AKS Sumber Manusia, Brig Jen Dato’ Hj Md Fauzi bin Saleh TUDM.

Turut serta mesyuarat ini adalah Pengarah Penyelidikan MTU BSM, Kol Nazaruddin bin Haron TUDM, Pegawai Memerintah INSMAT, Lt Kol Mohd Amran bin Yaakob TUDM dan wakil dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk memberi pendedahan awal serta hala tuju pembangunan NOSS-TUDM sepanjang tahun 2019. Panel Pembangun akan terlibat membangunkan 11 Bidang Khas NOSS-TUDM berdasarkan keperluan NOSS.