MINDEF, 7 Feb 19 - Ketua Cawang Tadbir KTU, Lt Kol Hamdan bin Ahmad TUDM mewakili AKS Tadbir telah menziarahi LU II Mohd Noor Iman bin Ibrahim, anggota PU Subang di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar yang telah terlibat kemalangan jalan raya bersama keluarga beliau semasa bercuti Tahun Baru Cina.
Sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM yang disampaikan ini telah diterima oleh Sjn U Sani, abang kepada mangsa. Kedua ibu bapa mereka telah meninggal dunia dalam kemalangan sama.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga dan semoga kedua ibu bapa mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.