Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 14WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 15WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 16

KUALA LUMPUR, 12 Feb 19 - Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) telah mengkoordinasikan Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam bagi tahun 2019. Latihan Kem Tahunan pada tahun ini sedikit berbeza kerana dibuat secara berasingan pada tarikh yang berbeza-beza mengikut peruntukan cuti semester setiap Universiti untuk tempoh 14 hari. Latihan Kem Tahunan ini melibatkan 8 buah Universiti Awam yang terdiri daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 11WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 12WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 13

Seramai 277 Pegawai Sukarela PSSTUDM dan 1121 Pegawai Kadet PALAPES Udara yang mengikuti Latihan Kem Tahunan 2019. Latihan ini juga melibatkan seramai 8 Pegawai dan 112 Jurulatih dan Staf. Pelbagai aktiviti yang merangkumi Peringkat Kem dan Peringkat Medan telah disusun dan diatur sepanjang 14 hari latihan ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Sukan, Jalan Lasak, Rentas Halangan, Mini Eco Challenge, Kawad dan juga menembak. Manakala pembelajaran di Peringkat Medan pula dibahagikan mengikut peringkat. Peringkat Junior telah melaksanakan latihan menubuhkan Pangkalan Hutan, bagi peringkat Intermediate melaksanakan latihan Pertahanan Pangkalan, manakala bagi Peringkat Senior dan Pegawai Sukarela telah melaksanakan Latihan Ikhtiar Hidup. Pegawai Sukarela juga terlibat dalam membantu jurulatih untuk memastikan latihan berjalan dengan lancar.

WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 5WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 7WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 10

Latihan Kem Tahunan ini dibuat untuk mengukur pemahaman dan sebagai praktikal kepada Pegawai Kadet. Selain itu, latihan ini juga merupakan salah satu syarat untuk pentauliahan bagi Pegawai Kadet. Melalui latihan ini, sinonim dengan panggilan “Benteng Kedua Pertahanan Negara” para Pegawai Sukarela dan Pegawai Kadet telah diuji dengan ketahanan fizikal dan kekuatan mental melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Para Pegawai Sukarela dan Pegawai Kadet telah berjaya mengharungi latihan dengan jayanya.

WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 2WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 3WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 4

Majlis Pembukaan Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam dimulai dengan UniSZA yang bermula pada 10 Jan 19 manakala Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara Universiti Awam telah diakhiri dengan UiTM pada 9 Feb 19 yang lalu. Majlis penutup tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah PSTU, Ts Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM. UiTM merupakan Universiti yang terakhir melabuhkan tirai Penutup Latihan Kem Tahunan 2019 setelah menjalani Latihan Tahunan selama 14 hari.

WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 1WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 6WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 18

Markas ini merakamkan sejuta penghargaan kepada semua yang telah menjayakan perlaksanaan Latihan Kem Tahunan bagi tahun 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.

WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 20WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 21WhatsApp Image 2019 02 12 at 12.38.09 22