IBAM, 12 Feb 19 - Markas Tentera Udara-Bahagian Tadbir, Cawangan Perkhidmatan melalui Sel Kebajikan TUDM dan Sel Pendidikan dengan kerjasama Koperasi Tentera Cawangan Kuantan telah melaksanakan gabungan taklimat produk Kebajikan kepada warga SLTT TUDM Bukit Ibam di Dewan Seri Ibam.
Taklimat dimulakan dengan penerangan bantuan kebajikan kepada anggota TUDM dan waris yang telah disampaikan oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM. Seterusnya taklimat berkaitan produk pendidikan ATM telah disampaikan oleh PTTK Pendidikan, SSjn Syarezza Azwan bin Yaacob diikuti dengan taklimat produk kebajikan Koperasi Tentera oleh Eksekutif Pembangunan Perniagaan Wilayah Pantai Timur 2, Encik Ridzuan bin Mehamad.
Taklimat ini turut disertai oleh Ketua, Jurulatih, Mej Mohd Shahrul Naim bin Salleh TUDM, Ketua Cawang Khidmat, Mej Mohd Azrol bin Hussin TUDM serta para pegawai dan anggota LLP SLTT TUDM Bukit Ibam. Semoga perkongsian maklumat dalam taklimat ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga SLTT TUDM Bukit Ibam.