Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

86402001 e48e 49be ba77 bdee607bc395 

KUALA LUMPUR, 13 Feb 19 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah melaksanakan aktiviti pendakian di Bukit Dinding, Setiawangsa bagi memenuhi aktiviti sukan pada minggu ini.

21934819 ab91 464b 9969 e413664824cfab595299 96d3 40d0 9bc0 84afa7d77b1f

Pendakian yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan pergi dan balik turut mendapat kerjasama daripada pihak Cawang Jasmani MTU serta anggota Paramedik IPP dalam memastikan kelancaran program berjalan seperti dijadualkan dan bersiap sedia sekiranya terdapat apa-apa kemalangan yang berlaku.

5b59188a 1d3f 42ee 8aaa 139bf68d0490b83d152c d0b8 43d7 a7cd e2ead5b43833

Aktiviti yang disertai seramai 17 orang pegawai dan 22 anggota LLP MPOU bertujuan menguji tahap kecergasan pegawai dan anggota MPOU disamping merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga kerja MPOU. Turut hadir menjayakan aktiviti ini Ketua Staf MPOU, Mej Jen Dato’ Zahani bin Zainal Abidin TUDM.