Kemaskini Terakhir: Ahad,17 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 9311DSC 9338DSC 9345DSC 9371DSC 9448DSC 9480DSC 9498DSC 9523DSC 9538 

 

SUBANG, 13 Feb 19 - Program ‘Subject Matter Expert Exchange’ (SMEE) RMAF-Indian Air Force seramai 3 orang pegawai diketuai oleh Ketua Delegasi Wing Commander Ravi Nanda telah melakukan lawatan ke PU Subang.

Program yang telah dikoordinasikan oleh MTU-BOS ini merupakan platform rasmi bagi TUDM dan IAF merancang aktiviti-aktiviti dua hala yang memberi kebaikan bersama dan mempertingkatkan ‘confidence dan security building’ kepada kedua-dua pihak.

Dalam rangka lawatan tersebut, pihak delegasi telah melaksanakan kunjungan hormat keatas Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM dan telah dibawa melawat ke No 22 Skuadron. Sepanjang lawatan tersebut para delegasi dibawa menikmati jamuan tengah hari di Kelab Rekreasi Tentera Udara (KRTU), PU Subang.

Pegawai Laksana Pangkalan, Kol Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM mewakili Komander Pangkalan serta pegawai No 22 Skn telah mengiringi delegasi sepanjang program berlangsung.