Kemaskini Terakhir: Jumaat,20 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 DSC 0055DSC 0108DSC 0112DSC 0177DSC 0188DSC 0203DSC 0236DSC 0246DSC 0272IMG20190213113726IMG20190213114046IMG20190213114721

 

SUBANG, 11 Feb 19 - Pemeriksaan Tahunan Audit IJTU tahun 2019 yang diketuai oleh Inspektorat Jeneral, Brig Jen Felix Gonsalves a/l Alexander TUDM telah diadakan mulai 11 hingga 15 Feb 19. Ketibaan tim pemeriksaan ini telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM serta para Eksekutif Pangkalan.

Audit IJTU dimulakan dengan taklimat iaitu pra-audit kepada ketua dan tim pemeriksaan. Seterusnya Tim audit telah melaksanakan pengauditan ke atas PU Subang. Selain itu pihak Inspektorat TUDM juga telah melaksanakan beberapa sesi latihan diantaranya latihan kebakaran, PAP dan latihan pencerobohan stor senjata pangkalan.

Perlaksanan Audit Inspektorat TUDM ke atas PU Subang dan unit-unit lojer bertujuan menyelaraskan keperluan pentadbiran dan logistik dalam melaksanakan pengauditan pematuhan keselamatan, kesiagaan dan pengurusan.