Kemaskini Terakhir: Selasa,19 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 20190214 WA0052

 

SUBANG, 14 Feb 19 - PS 1 Pengurusan Cawangan Perkhidmatan, Markas Tentera Udara, Lt Kol Rozze bin Ali Rahim TUDM telah melaksanakan lawatan kebajikan mewakili Asisten Ketua Staf Tadbir dan Pengarah Perkhidmatan kepada Adik Nurrawiah Aina binti Khailid di Rumah Keluarga Angkatan Tentera, Pangkalan Udara Subang. Adik Nurrawiah Aina yang menghidap Prader - Willi Syndrome merupakan anak tunggal PW U I Khailid bin Mohd dan isteri dari Cawang Materiel serta memerlukan penjagaan rapi keluarga sepanjang masa.

Dalam lawatan ini, pegawai kanan telah menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk lampin pakai buang dan susu dari Tabung Kebajikan TUDM serta Kelab Sukan Sosial dan Kebajikan Angkatan Tentera (KSSKA) untuk kegunaan Adik Nurrawiah.

Lawatan ini turut disertai oleh PS 2 Kebajikan, Mej Siti Norfadilah binti Omar TUDM, Pegawai BAKAT Cawang Materiel, Mej Zalizah binti Ahmad TUDM dan Penolong Pegawai Perumahan Pangkalan, Lt Mohd Safiq Aizat bin Mat Ropi TUDM.

Seluruh warga TUDM mendoakan semoga semua urusan harian dan rawatan Adik Nurrawiah dipermudahkan oleh Allah SWT.