Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 8970DSC 8979DSC 8982 

 

KUCHING, 17 Feb 19 - Mesyuarat Agong Tahunan BAKAT Udara Pangkalan Udara Kuching telah diadakan di Dewan Sri Angkasa. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 246 orang ahli BAKAT dan dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Kol Masro bin Kaliwon TUDM. Turut hadir sama Pengerusi BAKAT Pangkalan, Puan Dewi Mastura binti Tumiran, Penasihat BAKAT Pangkalan, Mej Ridzuan bin Saeidin TUDM dan Pegawai BAKAT Pangkalan, Lt Uqaisya binti Shafie TUDM.

Pengerusi BAKAT PU Kuching, Puan Dewi Mastura binti Tumiran telah mempengerusikan mesyuarat dan membentangkan serta meluluskan minit mesyuarat AGM 2018. Dalam mesyuarat ini juga pembentangan laporan oleh ketua-ketua biro, membincangkan perkara-perkara berbangkit serta pembentangan laporan kewangan oleh bendahari BAKAT.

Selain itu, pelantikan Ahli Jawatankuasa BAKAT yang baru bagi tahun 2019 telah dilantik untuk menerajui BAKAT Udara PU Kuching. Mesyuarat juga membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti bagi tahun 2019.