LABUAN, 22 Feb 19 - Cawang Tadbir MAWILUD 2 telah menganjur Hari Bersama Pelanggan bertempat di Bilik Rentah Cawang Tadbir MAWILUD 2. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi perkhidmatan kepada seluruh pegawai dan anggota yang bertugas di MAWILUD 2 mengemaskini data peribadi, mengemaskini sistem HRMIS serta memberi khidmat nasihat kepada sebarang masalah yang dihadapi oleh anggota.
Selain itu, pihak Koperasi Tentera Cawangan Labuan turut dijemput bagi membuka kaunter khidmat pelanggan untuk memudahkan anggota mendapatkan sebarang perkhidmatan atau kemaskini data yang berkaitan dengan Koperasi Tentera.