Kemaskini Terakhir: Khamis,14 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

123456789

KUALA LUMPUR, 24 Feb 19 - Seramai 524 ahli BAKAT Udara hadir Mesyuarat Tahunan BAKAT Udara peringkat Markas Tentera Udara (MTU) yang diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Farizan bt Fadzil selaku Pengerusi BAKAT MTU turut dihadiri barisan Biro AJK serta ahli-ahli BAKAT MTU telah membentangkan kewangan, fokus perancangan aktiviti dan pembubaran AJK lama serta pengenalan AJK baru yang akan menjadi tonggak BAKAT MTU bagi tahun 2019.

Hadir sama di mesyuarat ini adalah Timbalan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara (JTBU), Datin Sri Dato' Norainy bte Shahar Alam dan Datin Zaidah bte Mohamed Hashim selaku wakil/pemerhati JTBU serta Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM selaku Pegawai Memerintah MTU.