Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0017DSC 0020DSC 0032DSC 0050DSC 0057DSC 0476

 

GONG KEDAK, 21 Feb 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Kejohanan Badminton Peringkat Cawang dan Skuadron bagi tahun 2019 yang telah berlangsung di Dewan Puteri Pangkalan. Kejohanan tersebut berlangsung selama 4 hari bermula 18 hingga 21 Feb 19.

Pada kejohanan pada kali ini, Pasukan Cawang Kejuruteraan telah mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan Pasukan dari Cawang Tadbir/Provos pada perlawanan akhir dengan kemenangan 3 berbalas 2 acara berpasukan.

Kejohanan ini melibatkan 7 pasukan yang bertanding antaranya ialah Pasukan dari No 11 Skuadron, Cawang Kejuruteraan, Skuadron Bantuan Operasi, Skuadron 321, Cawang Tadbir, Cawang Material dan Gabungan Kontraktor.