Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0032DSC 0041DSC 0049

 

GONG KEDAK, 21 Feb 19 - Mesyuarat Agong Tabika telah diadakan di TABIKA Pangkalan Udara Gong Kedak. Mesyuarat dihadiri seramai 72 orang dimulakan dengan sesi pendaftaran ibubapa.

Mesyuarat Agong ini telah dirasmikan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM. Turut hadir Pengerusi TABIKA PU Gong Kedak, Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM, Pegawai Pendidikan Pangkalan, Mej Nazira binti Abdullah, Pegawai KEMAS Daerah Besut, Puan Masniza binti Mat Kudin serta Ibubapa.

Mesyuarat Tahunan TABIKA telah dipengerusikan oleh Pengerusi TABIKA, Lt Kol Badrul Hisyam bin Mohd Noor TUDM. Antara agenda mesyuarat ialah meluluskan minit mesyuarat, pembentangan laporan kewangan oleh bendahari TABIKA serta membentangkan aktiviti-aktiviti TABIKA yang dijalankan sepanjang tahun 2018.

Selain itu, mesyuarat yang dijalankan bertujuan bagi pembubaran Ahli Jawatankuasa TABIKA yang lama dan melantik Ahli Jawatankuasa TABIKA yang baru bagi menerajui TABIKA pangkalan bagi sesi 2019 serta membentangkan perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti TABIKA bagi tahun 2019.