Kemaskini Terakhir: Selasa,12 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 23451

 

KUALA LUMPUR, 25 Feb 19 - Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara (MPSTU) telah melaksanakan Karnival Sukan yang bermula pada 15 Feb 19 telah tiba ke penghujungnya pada hari ini. Terdapat 3 jenis Sukan yang dipertandingkan iaitu sukan Futsal, Bola Tampar dan juga Road Relay sepanjang karnival ini berlangsung.

Karnival sukan MPSTU terbahagi kepada 4 pasukan yang terdiri daripada pasukan Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk merebut juara keseluruhan peringkat MPSTU. Acara Futsal merupakan acara pembukaan karnival manakala acara ‘Road Relay’ merupakan acara penutup Karnival Sukan Peringkat MPSTU 2019. Juara keseluruhan bagi karnival tahun ini telah dimenangi oleh pasukan Delta. Upacara penutup karnival sukan ini telah disempurnakan oleh Pengarah PSTU, Ts Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM dan turut disaksikan oleh PS 1 Tadbir PSTU Lt Kol Mohd Shafik bin Saadun TUDM.