Kemaskini Terakhir: Selasa,17 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

468

SUBANG, 23 Febuari – BAKAT Udara Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) dan Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) yang telah dijenamakan sebagai BAKAT Udara Operasi & Bantuan (BOB) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) siri 2/2019 di Dewan Ababil, Pangkalan Udara Subang. AGM yang mengumpulkan kesemua ahli-ahli BAKAT Udara (BOB) dari kedua-dua markas tersebut berjaya dilaksanakan dibawah pemantauan wakil pemerhati Jemaah Tertinggi BAKAT Udara iaitu Datin Dr Hjh Sorayah binti Sidek dan Pn Khalifah @ Norashikin binti Bokhari.

91011

Pada AGM kali ini pelbagai agenda telah diusulkan termasuklah penerangan berkenaan Perlembagaan BAKAT Udara, Fasal 3, 4, 5, 6, 7, 9 dan 41. Turut disentuh penglibatan ahli-ahli dalam program-program yang telah dilaksanakan serta komitmen untuk terus menyokong semua aktiviti-aktiviti di peringkat Jemaah Tertinggi. Selain daripada itu, pembentangan laporan aktiviti dan kedudukan kewangan 2018 telah dilakukan serta perlantikan beberapa AJK baru bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditingkalkan oleh ahli terdahulu atas sebab bertukar keluar dan bersara.

121314

Terdahulu, AGM edisi ini telah dirasmikan oleh Kol Mahadzer bin Amin TUDM – AKS A7, MPOU dan ucaptama disampaikan oleh Pengerusi BAKAT Udara (BOB) iaitu Pn Nor Asmah binti Hashim.