Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 1WhatsApp Image 2019 02 27 at 08.42.50 2WhatsApp Image 2019 02 27 at 08.42.50 3

 

KUALA LUMPUR, 27 Feb 19 - Majlis serah terima tugas Pengarah Markas Pasukan Simpanan Tentera Udara telah berlangsung pada petang semalam di Ruang Legar Lembaga Sukan TUDM Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Pengarah PSTU, Ts Kol Hj Ahmad Roslan Zaki bin Abdul Ghani TUDM telah menyerahkan tugas kepada Pemangku Pengarah PSTU iaitu Lt Kol Mohd Shafik bin Saadun TUDM.

Majlis ini telah disaksikan dan disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Ahmad bin Abdul Rahman TUDM. Turut hadir dalam majlis ini adalah Komander Pangkalan PUKL, Kol Mohamad Noh bin Daim TUDM, Pegawai Memerintah Rejimen Jugra, Kol Hj Khalil bin Mohd Ali TUDM dan pegawai-pegawai. Tahniah dan selamat datang buat Pemangku Pengarah PSTU yang baru.