Kemaskini Terakhir: Sabtu,21 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0292DSC 0350

 

LABUAN, 27 Feb 19 - Sebagai langkah mendukung budaya hidup rejimental, Perbarisan Panglima Wilayah Udara 2 telah dijalankan dengan penyertaan seluruh warga Markas Wilayah Udara 2 terdiri dari pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, anggota LLP dan staf awam.

Dalam ucapan, PANGWILUD 2 telah mengingatkan agar warga Markas Wilayah Udara 2 menjalankan tugas bersama-samanya dengan penuh komitmen, profesional dan inovatif demi merealisasikan Visi dan Misi TUDM. Beliau juga berpesan agar sentiasa berusaha untuk meningkatkan potensi diri dari aspek profesionalisme kerja, kesucian rohani dan kemantapan jasmani.

Dalam perbarisan ini turut diserikan dengan acara pemakaian pangkat dua anggota MAWILUD 2. Perbarisan ini dilabuhkan tirainya dengan sesi bergambar bersama seluruh keluarga besar MAWILUD 2.