Kemaskini Terakhir: Sabtu,16 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 1201DSC 1363DSC 1391DSC 1413DSC 1435DSC 1484 

 

GONG KEDAK, 28 Feb 19 - Pangkalan Udara Gong Kedak telah menganjurkan Latihan Menembak Senjata Rifle Colt M4 Carbine di Lapang Sasar Bukit Merbau Selising, Pasir Puteh Kelantan. Latihan menembak ini dijalankan secara berperingkat selama 4 hari bermula 25 hingga 28 Feb 19 yang melibatkan semua pegawai dan anggota lain-lain pangkat di Pangkalan Udara Gong Kedak.

Turut serta dalam latihan tersebut adalah Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM, pegawai-pegawai Eksekutif, pegawai-pegawai dan anggota lain-lain pangkat. Latihan menembak ini diadakan bagi meningkatkan tahap kemahiran serta kecekapan pegawai dan anggota dalam mengendalikan Senjata Rifle Colt M4 Carbine. Dalam latihan tersebut turut diadakan Pertandingan menembak piring yang telah dimenangi oleh Komander Pangkalan bersama Ketua Skuadron Provos, Mej Mohd Noor Hafiz bin Mat Said TUDM yang merupakan juara bertahan pertandingan menembak piring.