Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20190302 13092220190302 13154020190302 133323

 

BUTTERWORTH, 2 Mac 19 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Haji Mohammad Salleh bin Haji Osman TUDM telah mengadakan lawatan ke Pusat Simulator Pejuang di Pangkalan Udara Butterworth.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat persiapan menaik taraf simulator yang akan dipamerkan semasa Pameran LIMA Langkawi 2019 iaitu ‘Fighter Interactive Trainer System’ (FITS) dan projek ‘Hi-Tech Eagle Readiness and Observation System'(HERO’S).

Dalam masa lawatan tersebut, beliau sempat menguji kemampuan simulator yang dibina sepenuhnya dalam masa tiga bulan oleh anggota TUDM dengan bantuan Mej Ahmad Fitri TUDM selaku Jurutera Perisian dan Mej Hairul Zaimy TUDM selaku Jurutera Elektrik dan Elektronik serta 10 anggota Juruteknik.

Panglima Bantuan Udara juga telah melihat kemampuan projek HERO’s yang mampu menyelamatkan aset negara daripada kecurian serta tambahan sistem keselamatan sedia ada digudang-gudang MATRA dan stor penyimpanan peralatan pesawat.