Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

20190306 10400320190306 11214720190306 121159IMG20190306104818 CopyIMG20190306104838IMG 20190305 134907 1 

 

BUTTERWORTH, 5 Mac 19 - Institut Teknologi Senjata dan Bahan Letupan TUDM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) Lumut selama 2 hari bermula 5 hingga 6 Mac 19. Lawatan yang melibatkan 13 orang peserta, terdiri daripada 3 orang Jurulatih dan 10 anggota Kursus ‘Armament Engineering Officer’ Siri 07/19.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai sistem teknologi dan aset-aset persenjataan yang diguna pakai oleh TLDM dalam menjaga kedaulatan perairan Malaysia dari dicerobohi oleh anasir-anasir luar.

Dalam rangka lawatan ini, peserta kursus telah dibawa melawat Depot Peluru dan Letupan Armada Barat TLDM serta ke Skuadron 501 dan 502. Peserta juga diberi peluang untuk melihat sistem persenjataan yang digunakan pada kapal KD Hang Tuah dan KD Hang Jebat.