Kemaskini Terakhir: Sabtu,19 Okt 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 IMG 5198IMG 5404IMG 5422IMG 5553

 

KUALA LUMPUR, 11 Mac 19 - Markas Tentera Udara Bahagian Materiel telah menganjurkan Seminar PTT Kanan Materiel dan Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) bagi tahun 2019 mulai 5 hingga 7 Mac 19 bertempat di Kinrara Resort, Bandar Kinrara. Seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kepimpinan, keterampilan diri dan pengetahuan PPT Kanan Material dan Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) TUDM yang melibatkan seramai 30 anggota.

Majlis Penutup seminar ini telah disempurnakan oleh Asisten Ketua Staf Materiel, Brig Jen Dato’ Dr Mohd Yunus bin Masjuki TUDM. Beliau juga turut menyampaikan amanat, peringatan dan nasihat kepada semua peserta agar ketukangan Materiel dan Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK) di pacu untuk berada dilandasan yang tepat mengikut kehendak pihak tertinggi dalam TUDM.