Kemaskini Terakhir: Ahad,24 Mac 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 D7K 6445 1D7K 6456D7K 6464D7K 6473

 

BUTTERWORTH, 28 Feb 19 - Majlis Pelancaran dan pengiktirafan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Pusat Simulator Pejuang (PSP) telah disempurnakan oleh Inspektorat Jeneral Tentera Udara (IGTU), Brig Jen Felix Gonsalvez S/O S.Alexander TUDM sempena lawatan ke PSP dan Pemeriksaan Inspektorat ke Pangkalan Udara Butterworth pada 25 Feb hingga 1 Mac 19.

Beliau berbangga dengan Projek ‘HI-TECH READINESS AND OBSERVATION SYSTEM’ (HERO’s) yang bakal mengurangkan kes-kes pencerobohan di pangkalan. Projek ini juga telah mengurangkan ‘Non-Compliance Readiness’ (NC - Readiness) bagi Pangkalan Udara Butterworth. HERO’s adalah satu system kawalan keselamatan (Security-Preventive) menggunakan teknologi infrared dan ia mudah alih serta kemampuan mengesan sebarang pencerobohan di dalam pelbagai keadaan. Projek HERO’s telah membantu pihak Pangkalan dalam mengurangkan kos senggaraan dan kos operasi pembinaannya lebih rendah berbanding dengan sistem kawalan keselamatan yang terdapat di dalam pasaran sedia ada menjadikan sistem ini sesuai sebagai salah satu sistem keselamatan masa kini.

Keupayaan Projek HERO’s tidak tertumpu kepada kegunaan tentera sahaja, tetapi ianya juga sesuai digunakan di kawasan kediaman, komersial, perindustrian, penjara dan medan pertempuran sebagai perangkap untuk anggota keselamatan. Projek ini dibangunkan secara in-house yang diketuai oleh Pegawai Memerintah PSP, Mej Hairul Zaimy bin Ibrahim TUDM bersama anggotanya.