Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0079DSC 0100DSC 0147DSC 5904DSC 5987DSC 6003DSC 6008 DSC 6041DSC 6068

 

GONG KEDAK, 11 Mac 19 - Lawatan Kerja Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM ke Pangkalan Udara Gong Kedak telah disambut oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Rozainy bin Ahmad Rapiee @ Ahmad Rofie TUDM.

Dalam rangka lawatan kerja ini, beliau telah dibawa ke bilik mesyuarat ATSC Sdn Bhd untuk menandatangani buku lawatan dan seterusnya sesi taklimat disampaikan oleh pihak ATSC Sdn Bhd. Panglima Bantuan Udara juga telah dibawa ke Pusat Service Teknikal Cawang Kejuruteraan Pangkalan bagi melihat sendiri keadaan pesawat dan megenalpasti kekangan serta cabaran yang dihadapi oleh unit-unit yang berkaitan dengan pengurusan oleh Markas Pemerintahan Bantuan Udara.

Di samping itu, lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau persiapan dari segi persediaan pesawat dan keperluan logistik sempena pertunjukan LIMA 19 yang akan berlangsung tidak lama lagi.