Kemaskini Terakhir: Isnin,27 Mei 2019
A- A A+
config

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

e887685d 53b3 4384 85c7 e15b1a6c483e

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Bagi edisi kedua bulan Mac 2019, sesi sukan petang MPOU diteruskan dengan aktiviti Mendaki Bukit Dinding yang terletak di Timur Laut Setiawangsa, dalam daerah Wangsa Maju. Bukit setinggi 291M (1000Kaki) adalah antara bukit yang tertinggi yang dicatatkan di Lembah Klang.

Berbeza dengan aktiviti pendakian sebelum ini, MPOU turut menjalankan aktiviti jiwa murni iaitu mengutip sampah disepanjang laluan pendakian. Usaha ini bukan sahaja mampu menyumbang kepada kebersihan sepanjang kawasan Bukit Dinding malah memupuk semangat mencintai alam sekitar serta menghargai khazanah alam yang tidak ternilai harganya khususnya hutan simpan yang berada berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur. Sampah-sampah yang berjaya dikutip dianggarkan seberat 10KG dimana sebahagian besarnya adalah sampah-sampah kategori yang boleh dikitar semula.

Aktiviti pendakian yang mengambil masa lebih dari dua jam turun dan naik itu telah disertai oleh seluruh warga MPOU dengan diketuai oleh Kol Mahadzer bin Amin TUDM – AKS A7 MPOU.