Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

 726

KINRARA, 16 Mac 19 - Majlis Makan Beradat PTT Kanan Ketukangan Materiel & Perkhidmatan Pengurusan Kenderaan (PPK) Tahun 2019 telah diadakan di Kinrara Resort, Puchong baru-baru ini. Majlis ini bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pengurusan protokol disamping mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan pemimpin tertinggi serta sesama peringkat anggota.

Selain itu, ini dapat memberi pendedahan tentang cara persiapan dan pelaksanaan kepada pelatih yang sedang menjalani kursus di INSMAT khasnya pelatih Kursus Pengurusan Material dan Pengendalian Gudang.

89

Turut hadir AKS Materiel, Brig Jen Dato' Dr Hj Mohd Yunus bin Masjuki TUDM bersama isteri, PS 1 SISMAT, PW TUDM serta 400 orang PTT Kanan Ketukangan Materiel & PPK seluruh TUDM bersama pasangan masing-masing.

Dalam ucapan AKS Materiel, beliau berharap agar majlis seperti ini akan dapat dianjurkan secara dwi tahunan bagi memberi peluang kepada anggota PTT Kanan yang tidak berkesempatan untuk turut sama dalam majlis pada malam tersebut.