Kemaskini Terakhir: Jumaat,15 Nov 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

DSC 0697

SUBANG, 16 Mac 19 - BAKAT PU Subang telah mengadakan Karnival Sukan BAKAT Tahun 2019 pada 16 Mac 19 bertempat di Dewan Ababil dan gelanggang permainan PU Subang. Karnival ini telah dikendalikan oleh Biro Kesihatan, Rohani dan Jasmani (KRJ) dengan kerjasama staf PTI Pangkalan.

Acara ini merupakan julung kali diadakan dan akan menjadi acara tahunan bagi BAKAT PU Subang. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru dalam beberapa sukan teras iaitu Bowling, Bola Jaring, Pentanque dan Badminton. Selain memupuk semangat kesukanan serta meningkatkan tahap kesihatan fizikal di kalangan ahli BAKAT. Penganjuran ini juga menyediakan platform untuk bersuai kenal dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli BAKAT PU Subang.

DSC 0451DSC 0457

Acara tersebut telah dirasmikan oleh Datin Hjh Siti Norlela bt Alwi selaku Pengerusi BAKAT PU Subang yang turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah dan dan Pegawai Pemerintah Skn/Cawang/ Unit dengan gimik nyalaan obor bertempat di Stadium Hoki.

DSC 0397DSC 0398DSC 0399

Terdapat 5 gabungan utama bagi penyertaan pada kali ini iaitu Gabungan Merah (No 22 Skn dan PUKALUB), Gabungan Hijau (No 2 Skn, Cawang Materiel dan MATRA 2), Gabungan Oren (No 20 Skn, Cawang Bomba dan PLTT Angkut), Gabungan Biru (Cawang Tadbir, PUSPEKA, Skn 208 Provos dan INSTAR) serta Gabungan Ungu ( No 16 Skn, Cawang Kejuruteraan dan Cawang Operasi).

DSC 0548DSC 0549DSC 0561DSC 0564DSC 0587DSC 0617DSC 0632DSC 0682DSC 0687DSC 0537

Acara sukan tersebut dipertandingkan secara serentak dilokasi gelanggang permainan selepas aktiviti Zumba. Pertandingan tarik tali antara gabungan juga turut diadakan. Selain itu terdapat juga aktiviti untuk ahli keluarga seperti acara sukaneka, mini zoo, futsal, horse ride, paintball, keretapi mini, pertandingan Beyblade, permainan menangkap ayam dan ikan serta gerai jualan dari setiap gabungan.

DSC 0794

Acara berakhir dengan sesi penyampaian medal dan hadiah kepada pemenang, yang disempurnakan oleh Komander Pangkalan, Brig Jen Dato' Hj Muhammad Mudzamir Ong bin Abdullah TUDM.

DSC 0877

Keputusan pertandingan badminton telah dijuarai oleh tim Gabungan Ungu, Bola Jaring dijuarai oleh tim Gabungan Merah, Pentanque dimenangi oleh tim Gabungan Ungu, Bowling dijuarai oleh tim Gabungan Ungu dan akhir sekali tarik tali telah dimenangi oleh tim Gabungan Hijau. Johan keseluruhan bagi Karnival Sukan Bakat PU Subang 2019 telah disandang oleh Gabungan Ungu.

Komitmen dari semua ahli BAKAT unit/skn/cwg telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran Karnival Sukan BAKAT PU Subang pada tahun 2019. Karnival tersebut juga telah mendapat sambutan memberansangkan daripada warga pangkalan. Ramai yang hadir membawa keluarga masing-masing untuk menonton dan memberi sokongan kepada kumpulan gabungan masing-masing disamping anak-anak beriadah dengan aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan untuk keluarga.