Kemaskini Terakhir: Isnin,16 Sept 2019
A- A A+

logo

nextgen

 
mygov2
mindef
atm
army
navy
msc

WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.04.58 1WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.04.58WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.04.59 1WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.05.00WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.04.59WhatsApp Image 2019 03 22 at 10.05.00 1

KUANTAN, 21 Mac 19 – Sel Kerjaya dan Pengambilan (K&P)-Bahagian Sumber Manusia (BSM) telah mengadakan Pemilihan Awal Perajurit Muda (PJM) Udara Lelaki Siri 61/19 bagi Zon Timur pada 19 dan 21 Mac 19.

Pemilihan awal yang diadakan di Dewan Puteri, Pangkalan Udara Gong Kedak dan Dewan Sri Angkasa, Pangkalan Udara Kuantan melibatkan calon awal seramai 796 orang. Calon-calon tersebut merupakan calon yang telah mendaftar dan memohon di laman web Kerjaya dan Pengambilan TUDM dan berjaya dalam tapisan awal.

Antara pemeriksaan yang dilalui oleh calon-calon tersebut adalah Pemeriksaan Fizikal, Pemeriksaan Ketinggian dan Berat, Ujian Tahap Penglihatan, Ujian Kecergasan Jasmani dan Pemeriksaan Dokumen. Sesi pemilihan akhir pula dijangka akan diadakan pada pertengahan bulan Jun 19.